ATSB event

Pihak Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia ATSB telah mengadakan lawatan penghargaan pada 2 Oktober 2019 ke kediaman Tn. Hj. Nazlan Md. Dom yang telah bersara wajib pada bulan Mac 2019 yang lalu sebagai menghargai jasa dan bakti beliau kepada syarikat setelah berkhidmat selama lebih 15 tahun. Pihak syarikat juga berbesar hati untuk memberi beberapa token

Dalam 26 staf ATSB telah dipilih untuk menyertai kursus berkenaan selama 2 hari yang dikendalikan oleh Pn. Melor dan En. Herzi dari Comfori Business Consulting. Mereka telah menyampaikan teknik berkesan dalam jualan dan perkara berkaitan dalam pemasaran. Diharap latihan dan ilmu ini dapat memantapkan lagi kekuatan para staf.

Pihak ATSB sekali lagi menjemput beberapa pegawai dari Profirma untuk memberikan taklimat mengenai produk Dron Bawah Air yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi yang melibatkan kawasan berair. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran pegawai-pegawai berkenaan.

Hari ini, ATSB telah menjemput wakil dari syarikat Air Selangor dan Sinar TV untuk mendengar taklimat dan demonstrasi dron bawah air yang kini sedang giat dipromosikan oleh ATSB. Demonstrasi ini bertujuan untuk menunjukkan keupayaan teknologi berkenaan dalam pelbagai kegunaan dan situasi.

Beberapa jurutera dan pegawai ATSB telah mengambil peluang untuk menyampaikan taklimat dan demonstrasi dron bawah air kepada beberapa pegawai dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk menunjukkan keupayaan dron tersebut dalam membantu dalam sebarang operasi dan misi yang dijalankan pihak agensi berkenaan.

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UNISZA telah menjemput Unit Perkhidmatan Pengurusan Harta Intelek ATSB untuk menyampaikan taklimat berkenaan kepada para staf UNISZA untuk memberi pendedahan, kesedaran dan menarik minat mengenai kepentingan harta intelek untuk individu dan juga sesebuah organisasi. Terima kasih diucapkan kepada pihak UNISZA

Walaupun bulan Syawal telahpun berlalu, tapi Aidilfitri masih dapat dirasai oleh warga kerja ATSB dan pada hari Jumaat, 12 Julai 2019 yang lalu, staf-staf ATSB merapatkan silaturrahim bersama-sama dalam majlis yang cukup meriah dan sederhana. Semoga kita semua berjumpa pada bulan Ramadhan dan Syawal seterusnya.

Beberapa pegawai ATSB telah menyertai ekspo yang telah dianjurkan oleh Negeri Kelantan iaitu Kelantan International Electronic Expo (KIDEX 2019) di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV dari 4 Julai 2019 sehingga 7 Julai 2019. Pihak ATSB telah membawa beberapa produk keselamatan dan ICT ke ekspo berkenaan untuk mengenengahkan keupayaan teknologi berkenaan. Majlis ditutup oleh Menteri

ATSB telah menganjurkan satu kursus bahasa inggeris untuk staf-stafnya lebih memantapkan penggunaan bahasa berkenaan untuk urusan pejabat dan juga perkara-perkara lain yang berkaitan. Ianya diadakan selama dua hari pada 18 dan 19 Jun 2019 dan dikendalikan oleh professional luar.

Pada 29 Mei 2019, pihak ATSB dengan berbesar hati telah menganjurkan majlis berbuka puasa bersama staf dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekreasi ATSB (ATSB SRC). Tn. Hj. Nazlan telah dijemput sebagai tetamu khas untuk bersama dalam majlis ini. Beliau juga selaku pegawai amil bertauliah, telah menjalankan tugas sebagai amil kepada sesiapa yang ingin mengeluarkan zakat

Pada 28 Mei 2019, pihak ATSB telah menyampaikan sumbangan Ramadhan Al-Mubarak dan juga untuk persiapan Hari Raya AIdilfitri 2019 yang bakal tiba kepada Rumah Kasih Harmoni. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat menceriakan suasana bagi semua warga rumah berkenaan.

ATSB telah mengadakan satu sesi tazkirah bertajuk “Hebat di Pejabat” berpandukan Kitab Tafsir Ibnu Katsir pada 2 April 2019 di Bilik Mesyuarat Besar Fasiliti yang disampaikan oleh seorang penceramah luar.

TOP